Hadits: menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda
maksudnya : “Sesiapa menafkahkan di jalan Allah sepasang binatang
nescaya diseru dia di pintu-pintu syurga : “Hai hamba-hamba Allah, ini
suatu kebajikan.” Dan sesiapa berada dari golongan orang yang
bersembahyang dipanggil dia dari pintu sembahyang. Orang yang masuk di
kalangan ahlul jihad dipanggil dia dari pintu al- Jihad. Sesiapa yang
masuk dari golongan orang yang berpuasa diseru dia dari pintu
al-Rayyan. Dan sesiapa yang masuk dari kalangan orang yang bersedekah
diseru dia dari pintu sedekah. Maka berkatalah Abu Bakar: “Engkau ku
tebus dengan ibu dan ayah ku, ya Rasulullah. Tiada suatu kemelaratan
bagi orang- orang yang diseru dari pintu- pintu itu. Maka adakah
seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu? Nabi menjawab : “Ya! Dan
aku harapkan engkau termasuk ke dalam golongan itu.” (al-Bukhari dan
Muslim) Huraian Sesiapa yang melakukan amal kebajikan dalam apa jua
bentuk maka di akhirat kelak seluruh pengawal- pengawal pintu syurga,
masing-masing mempersilakan masuk orang- orang yang melakukan amal
kebajikan ini melalui pintu yang dijaga mereka dan ada juga segolongan
orang yang mendapat penghormatan untuk memasuki kesemua pintu-pintu
kebajikan.
0 komentar:
Posting Komentar