Berdasarkan hadith Nabi saaw dalam kitab Ahlul Sunnah antaranya ialah :
Daripada Said bin Jubair daripada Ibn Abbas berkata: Bersabda
Rasulullah SAWAW: “Sesungguhnya khalifah-khalifahku dan wasi-wasiku,
hujah-hujah Allah di atas makhlukNya selepasku ialah 12 orang; yang
pertama Ali dan yang akhirnya cicitku al-Mahdi; maka itulah Isa b.
Maryam bersembahyang di belakang al-Mahdi (Yanabi al-Mawaddah, hlm. 447)
Hadith yang dikeluarkan oleh Abu al-Mu’ayyid Ibn Ahmad al-Khawarizmi
dengan sanadnya dari Abu Sulaiman yang berkata : “Aku mendengar
Rasulullah SAWAW dan Ahli Baitnya berkata: Di malam aku dinaikkan ke
langit (Mi’raj) Allah SWT berkata kepadaku…lihatlah di kanan Arasy, lalu
aku memaling ke arahnya, maka aku dapati Ali, Fatimah, Hasan, Husayn,
Ali b. Husayn, Muhammad b. Ali, Ja’far b. Muhammad, Musa b. Ja’far, Ali
b. Musa, Muhammad b. Ali, Ali b. Muhammad, Hasan b. Ali, dan Muhammad
al-Mahdi b. Hasan; ia seperti cakerawala yang berputar di kalangan
mereka. Dan dia berfirman: “Wahai Muhammad, mereka itulah hujah-hujahKu
ke atas hamba-hambaKu, merekalah wasi-wasiKu (khalifah-khalifahku).”(Ya
Sila teliti dengan sebaik-baiknya hadis-hadis di bawah yang telah diriwayatkan oleh ulama-ulama sunni:
Hadith-hadith yang menghadkan pengganti Nabi SAW kepada dua belas orang.
Hadith-hadith yang menghadkan pengganti-pengganti Nabi SAWW kepada
dua belas orang, telah diriwayatkan oleh jumhur ulama Muslimin Sunnah
dan Syi’ah di dalam Sahih-sahih dan Musnad-musnad mereka.
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya (al-Musnad, I, hlm 398)
meriwayatkan hadith ini daripada Sya’bi daripada Masruq berkata:”Kami
berada di sisi ‘Abdullah bin Mas’ud yang sedang memperdengarkan bacaan
al-Qur’an kepada kami. Tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepadanya:
Wahai Abu ‘Abdu r-Rahman! Adakah anda telah bertanya Rasulullah SAWAW
berapakah ummat ini memiliki khalifah?” Abdullah bin Mas’ud
menjawab:”Tiada seorangpun bertanya kepadaku mengenainya semenjak aku
datang ke Iraq sebelum anda.” Kemudian dia berkata:”Ya! Sesungguhnya
kami telah bertanya kepada Rasulullah SAWAW mengenainya. Maka beliau
menjawab:”Dua belas (khalifah) seperti bilangan naqib Bani Israil.”
Di dalam riwayat yang lain Ahmad bin Hanbal meriwayatkan daripada
Jabir bin Samurah, sesungguhnya dia berkata:”Aku mendengar Rasulullah
SAWAW bersabda semasa Haji Wida’:”Urusan agama ini masih pada zahirnya
di tangan penentangannya dan tidak akan dihancurkan oleh orang-orang
yang menyalahinya sehingga berlalunya dua belas Amir, semuanya daripada
Quraisy.” (al-Musnad, I, hlm 406, dan V, hlm 89)
Muslim di dalam Sahihnya ( Sahih, II, hlm 79 )meriwayatkan daripada
Jabir bin Samurah sesungguhnya dia berkata:”Aku bersama bapaku berjumpa
Nabi SAWAW, Maka aku mendengar Nabi SAWAW bersabda:”Urusan ‘ini’ tidak
akan selesai sehingga berlaku pada mereka dua belas khalifah.” Dia
berkata: Kemudian beliau bercakap dengan perlahan kepadaku. Akupun
bertanya bapaku apakah yang diucapkan oleh beliau? Dia
menjawab:”Semuanya daripada Quraisy.”
Muslim juga meriwayatkan di dalam Sahihnya daripada Nabi SAWAW beliau
bersabda:”Agama sentiasa teguh sehingga hari kiamat dan dua belas
khalifah memimpin mereka, semuanya daripada Quraisy. Di dalam riwayat
yang lain “Urusan manusia berlalu dengan perlantikan dua belas lelaki
dari Quraisy, ” “Sentiasa Islam itu kuat sehingga kepada dua belas
khalifah daripada Quraisy” dan “Sentiasa ugama ini kuat dan kukuh
sehingga dua belas khalifah daripada Quraisy”
Al-Turmudzi di dalam al-Sunannya (al-sunan, II, hlm 110 ) mencatat hadith tersebut dengan lafaz amir bukan khalifah.
Sementara al-Bukhari di dalam Sahihnya ( Sahih, IV, hlm 120 (Kitab
al-Ahkam ) meriwayatkannya daripada Jabir bin Samurah bahawa Nabi SAWAW
bersabda:”Selepasku ialah dua belas amir.” Maka beliau berucap dengan
perkataan yang aku tidak mendengarnya. Bapaku memberitahuku bahawa
beliau bersabda:”Semuanya daripada Quraisy.”
Al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal ( Kanz al-Ummal, VI, hlm
160 ), meriwayatkan bahawa Nabi SAWAW bersabda:”Selepasku akan (diikuti)
oleh dua belas khalifah.”
Ibn Hajr di dalam al-Sawa’iq al-Muhriqah ( al-Sawa’iq al-Muhriqah,
bab XI ) meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah bahawa Nabi SAWAW
bersabda:”Selepasku akan (dikuti) dua belas amair semuanya daripada
Quraisy.”
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi’ al-Mawaddah (Yanabi’
al-Mawaddah, hlm 444 (bab 7) mencatat riwayat daripada Jabir bin Samurah
sesungguhnya dia berkata:”Aku bersama bapaku di sisi Nabi SAWAW beliau
bersabda:”Selepasku dua belas khalifah.” Kemudian beliau merendahkan
suaranya. Maka akupun bertanya bapaku mengenainya. Dia menjawab: Beliau
bersabda: “Semuanya daripada Bani Hasyim.”
Samak bin Harb juga meriwayatkannya dengan lafaz yang sama.
Diriwayatkan daripada al-Sya’bi daripada Masruq daripada Ibn Mas’ud
bahawa sesungguhnya Nabi SAWAW telah menjanjikan kita bahawa selepasnya
dua belas khalifah sama dengan bilangan naqib Bani Isra’il. Dan dia
berkata di dalam bab yang sama bahawa Yahya bin al-Hasan telah
menyebutkannya di dalam Kitab al-Umdah dengan dua puluh riwayat bahawa
khalifah-khalifah selepas Nabi SAWAW adalah dua belas orang. Semuanya
daripada Quraisy. Al-Bukhari telah menyebutkannya dengan tiga riwayat,
Muslim sembilan riwayat. Abu Daud tiga riwayat, al-Turmudhi satu riwayat
dan al-Humaidi tiga riwayat.
Pengkaji-pengkaji menegaskan bahawa hadith-hadith tersebut
menunjukkan bahawa khalifah-khalifah selepas Nabi SAWAW ialah dua belas
orang. Dan maksud hadith Nabi SAWAW ialah dua belas orang daripada Ahlu
l-Baitnya. Kerana tidak mungkin dikaitkan hadith ini kepada
khalifah-khalifah yang terdiri daripada bilangan mereka kurang daripada
dua belas orang. Dan tidak mungkin dikaitkan dengan khalifah-khalifah
Bani Umaiyyah kerana bilangan mereka melebihi dua belas orang dan
kezaliman mereka yang ketara selain daripada ‘Umar bin Abdu l-Aziz.
Tambahan pula mereka bukan daripada Bani Hasyim. Di dalam riwayat yang
lain beliau memilih Bani Hasyim di kalangan Quraisy dan memilih Ahlu
l-Baitnya di kalangan Bani Hasyim (Muslim, Sahih, II, hlm 81 (Fadhl Ahlu
l-Bait)
.
Di dalam riwayat ‘Abdu l-Malik daripada Jabir bahawa Nabi SAWAW telah
merendahkan suaranya ketika menyebutkan Bani Hasyim kerana ‘mereka’
tidak menyukai Bani Hasyim. Hadith ini juga tidak boleh dikaitkan dengan
khalifah-khalifah Bani ‘Abbas kerana bilangan mereka melebihi bilangan
tersebut. Dan mereka tidak mengambil berat tentang firmanNya “Katakan!”
Aku tidak meminta upah daripada kamu kecuali mencintai keluargaku, ”
sebagaimana juga mereka tidak menghormati hadith al-Kisa’. Justeru itu,
hadith tersebut mestilah dikaitkan dengan dua belas Ahlu l-Baitnya
kerana merekalah orang yang paling alim, warak, takwa, paling tinggi
keturunan dan ilmu-ilmu mereka adalah daripada datuk-datuk mereka yang
berhubungan dengan datuk mereka Rasulullah SAWAW dari segi “warisan” dan
hikmah. Mereka pula dikenali oleh para ilmuan. Oleh itu apa yang
dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah dua belas Ahlu l-Bait Rasulullah
Saww (Yanabi’ al-Mawaddah, hlm 445).
Ini juga diperkuatkan oleh hadith thaqalain, hadith al-Safinah, hadith al-Manzilah dan lain-lain.
Ini juga diperkuatkan oleh hadith thaqalain, hadith al-Safinah, hadith al-Manzilah dan lain-lain.
Al-Qunduzi al-Hanafi (Yanabi’ al-Mawaddah, hlm 445) juga telah
meriwayatkan hadith daripada Jabir dia berkata: Rasulullah SAWAW
bersabda:”Akulah penghulu para Nabi dan ‘Ali adalah penghulu para wasi.
Dan sesungguhnya para wasi selepasku ialah dua belas orang, pertama ‘Ali
dan yang akhirnya Qaim al-Mahdi.”
Hadith-hadith yang menerangkan bahawa merekalah para wasi Rasulullah
SAWAW di dalam buku-buku Ahlu l-Sunnah adalah banyak, dan ianya melebihi
had mutawatir. Ini tidak termasuk hadith-hadith riwayat Syi’ah.
Umpamanya hadith daripada Salman RD berkata: Aku berjumpa Nabi SAWAW dan
Husain berada di atas dua pahanya. Nabi SAWAW sedang mengucup dahinya
sambil berkata:’Anda adalah Sayyid bin Sayyid dan adik Sayyid. Anda
adalah imam bin imam dan adik imam. Anda adalah Hujjah bin Hujjah dan
adik Hujjah dan bapa hujjah-hujjah yang sembilan. Dan yang kesembilan
mereka ialah Mahdi al-Muntazar.”
Al-Hamawaini al-Syafi’i di dalam Fara’id al-Simtin (Fara’id
al-Simtin, II, hlm 26), meriwayatkan daripada ‘Ibn Abbas berkata: Aku
mendengar Rasulullah SAWAW bersabda:”Aku , Ali, Hasan, Husain dan
sembilan daripada anak-anak Husain adalah disuci dan dimaksumkan.”
Ibn ‘Abbas juga meriwayatkan bahawa Nabi SAWAW bersabda:”Wasi-wasiku,
hujjah-hujjah Allah ke atas makhlukNya dua belas orang, pertamanya
saudaraku dan akhirnya ialah anak lelakiku (waladi).” Lalu ditanya
Rasulullah siapakah saudara anda wahai Rasulullah? Beliau menjawab:’Ali.
Dan ditanya lagi siapakah anak lelaki anda? Beliau menjawab: al-Mahdi
yang akan memenuhi bumi ini dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana
ianya dipenuhi dengan kerosakan dan kezaliman. Demi Tuhan yang
mengutusku dengan kebenaran sebagai kegembiraan dan peringatan,
sekiranya dunia ini tinggal hanya satu hari lagi nescaya Allah akan
memanjangkannya sehingga keluar anak lelakiku al-Mahdi. Kemudian diikuti
oleh ‘Isa bin Maryam. Beliau akan mengerjakan solat di belakang anak
lelakiku. Dunia pada ketika itu berseri dengan cahaya Tuhannya dan
pemerintahannya meliputi Timur dan Barat.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi’ al-Mawaddah bab 95)
meriwayatkan bahawa Jabir bin ‘Abdullah berkata: Rasulullah saww
bersabda : Wahai Jabir! Sesungguhnya para wasiku dan para imam selepasku
pertamanya Ali kemudian Hasan kemudian Husain kemudian Ali bin Husain
kemudian Muhammad bin Ali al-Baqir. Anda akan menemuinya wahai Jabir
sekiranya anda mendapatinya, maka sampaikanlah salamku kepadanya.
Kemudian Ja’far bin Muhammad, kemudian Musa bin Ja’far, kemudian Ali bin
Musa, kemudian Muhammad bin Ali, kemudian Ali bin Muhammad, kemudian
Hasan bin Ali. Kemudian al-Qa’im namanya sama dengan namaku dan
kunyahnya sama dengan kunyahku, anak Hasan bin Ali. Dengan beliaulah
Allah akan membuka seluruh pelosok bumi di Timur dan di Barat, dialah
yang ghaib dari penglihatan. Tidak akan percaya kepada imamahnya
melainkan orang yang telah diuji hatinya oleh Allah SWT. Jabir berkata:
Wahai Rasulullah! Apakah orang2 dapat mengambil manfaat darinya ketika
ghaibnya ? Beliau menjawab :”Ya..! Demi yang mengutusku dengan kenabian
sesungguhnya mereka mengambil cahaya dari wilayahnya ketika ghaibnya,
seperti orang mengambil manfaat dari matahari sekalipun ia ditutupi
awan.” Ini adalah di antara rahsia-rahsia ilmu Allah yang tersembunyi.
Maka rahsiakanlah mengenainya melain kepada orang yang ahli. (Yanabi’ al
Mawaddah, hlm 494)
daripada Jabir al-Ansari berkata: Junda; bin Janadah berjumpa
Rasulullah SAWAW dan bertanya kepada beliau beberapa masalah. Kemudian
dia berkata: Beritahukan kepadaku wahai Rasulullah tentang wasi-wasi
anda selepas anda supaya aku berpegang kepada mereka. Beliau menjawab:
Wasi-wasiku dua belas orang. Lalu Jundal berkata: Begitulah kami dapati
di dalam Taurat. Kemudian dia berkata: Namakan mereka kepadaku wahai
Rasulullah. Maka beliau menjawab: “Pertama penghulu dan ayah para wasi
adalah Ali. Kemudian dua anak laki2nya Hasan dan Husain. Berpegang
teguhlah kepada mereka dan janganlah kejahilan orang-orang yang jahil
memperdayaimu. Kemudian Ali bin Husain Zainal Abidin Allah akan
mematikan anda (‘Ali bin Husain) dan menjadikan air susu sebagai bekalan
terakhir di dunia ini.” (Yanabi’ al-Mawaddah Bb 76 hlm 441 – 444 )
Jundal berkata: Kami telah mendapatinya di dalam Taurat dan di dalam
buku-buku para Nabi AS seperti Iliya, Syibra dan Syabir. Maka ini adalah
nama ‘Ali, Hasan dan Husain, maka imam selepasnya dipanggil Zaina
l-Abidin selepasnya anak lelakinya Muhammad, dipanggil al-Baqir.
Selepasnya anak lelakinya Ja’far dipanggil al-Sadiq. Selepasnya anak
lelakinya Musa dipanggil al-Kazim. Selepasnya anak lelakinya ‘Ali
dipanggil al-Ridha. Selepasnya anak lelakinya ‘Ali dipanggil al-Naqiyy
al-Hadi. Selepasnya anak lelakinya Hasan dipanggil al-Askari. Selepasnya
anak lelakinya Muhammad dipanggil al-Mahdi al-Qa’im dan al-Hujjah.
Beliau ghaib dan akan keluar memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan
sebagaimana ianya dipenuhi dengan kefasadan dan kezaliman. Alangkah
beruntungnya bagi orang-orang yang bersabar semasa ghaibnya. Dan
alangkah beruntungnya bagi orang-orang yang bertaqwa terhadap Hujjah
mereka. Dan mereka itulah orang yang disifatkan oleh Allah di dalam
firmanNya (Surah al-Baqarah(2): 2-3″Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa
iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib.” Kemudian beliau membaca
(Surah al-Mai’dah(5):56)”Sesungguhnya parti Allahlah yang pasti
menang.”Beliau bersabda: Mereka itu adalah daripada parti Allah
(hizbullah).
Al-Hamawaini di dalam Fara’id al-Simtin (Yanabi’ al-Mawaddah, hlm 446
– 447) telah meriwayatkan hadith ini dan dinukilkan oleh al-Qunduzi
al-Hanafi di dalam Yanabi’ al-Mawaddah bab 76 dengan sanad daripada Ibn
‘Abbas dia berkata: Seorang Yahudi bernama Na’thal datang kepada
Rasulullah SAWAW dan berkata: Wahai Muhammad! Aku akan bertanya anda
beberapa perkara yang tidak menyenangkan hatiku seketika. Sekiranya anda
dapat memberi jawapan kepadaku nescaya aku akan memeluk Islam di tangan
anda. Beliau SAWAW bersabda:”Tanyalah wahai Abu ‘Ammarah.’ Dia bertanya
beberapa perkara sehingga dia berkata: Beritahukan kepadaku tentang
wasi anda siapa dia? Tidak ada seorang Nabi melainkan ada baginya
seorang wasi. Dan sesungguhnya Nabi kami Musa bin ‘Imran telah
berwasiatkan kepada Yusyu’ bin Nun. Maka Nabi SAWAW
menjawab”Sesungguhnya wasiku ialah ‘Ali bin Abi Talib, selepasnya dua
anak lelakinya Hasan dan Husain kemudian diikuti oleh sembilan imam
daripada keturunan Husain.’ Dia berkata: Namakan mereka kepadaku. Beliau
menjawab:’Apabila wafatnya Husain, maka anaknya ‘Ali apabila wafatnya
‘Ali, anaknya Muhammad, Dan apabila wafatnya Muhammad, anaknya Ja’far.
Apabila wafatnya Ja’far anaknya Musa. Apabila wafatnya Musa, anaknya
Ali. Apabila wafatnya Ali, anaknya Muhammad. Apabila wafatnya Muhammad,
anaknya ‘Ali. Apabila wafatnya ‘Ali anaknya Hasan. Apabila wafatnya
Hasan, anaknya Muhammad al-Mahdi. Mereka semua dua belas
orang…..”Akhirnya lelaki Yahudi tadi memeluk Islam dan menceritakan
bahawa nama-nama para imam dua belas telah tertulis di dalam buku-buku
para Nabi yang terdahulu, dan ia termasuk di antara apa yang telah
dijanjikan oleh Musa AS.
Al-Hamawaini di dalam Fara’id al-Simtin meriwayatkan sanadnya kepada Abu
Sulaiman penjaga unta Rasulullah SAWAW, dia berkata:”Aku mendengar
Rasulullah SAWAW bersabda:”Di malam aku diperjalankan atau dibawa ke
langit, Allah SWT berfirman:”Rasul mempercayai apa yang telah diturunkan
kepadanya oleh TuhanNya.”Aku bersabda: Mukminun. Dia menjawab: Benar.
Allah SWT berfirman lagi: Wahai Muhammad! Kali pertama Aku memerhatikan
ahli bumi, Aku memilih anda. Aku menamakan anda dengan salah satu
daripada nama-namaku. Oleh itu dimana sahaja Aku diingati, anda diingati
bersama. Akulah al-Mahmud dan andalah Muhammad. Kemudian Aku
memerhatikannya kali kedua, maka Aku memilih ‘Ali. Maka Aku menamakannya
dengan namaku. Wahai Muhammad! Aku telah menjadikan anda dari Aku dan
menjadikan ‘Ali, Fatimah, Hasan, Husain dan imam-imam daripada keturunan
Husain daripada cahayaKu. Akupun membentangkan wilayah mereka kepada
seluruh ahli langit dan bumi. Sesiapa yang menerimanya akan berada di
sisiKu sebagai Mukminin. Dan sesiapa yang mengingkarinya akan berada di
sisiKu sebagai kafirin. Wahai Muhammad! Sekiranya seorang daripada
hamba-hambaKu beribadat kepadaKu tanpa terhenti-henti kemudian
mendatangiKu dalam keadaan mengingkari wilayah kalian, nescaya Aku tidak
mengampuninya. Allah SWT berfirman lagi kepada Nabi SAWAW: Adakah anda
ingin melihat mereka? Beliau menjawab: Ya! Wahai Tuhanku. Dia berfirman:
Lihatlah di kanan ‘Arasy, maka aku dapati ‘Ali, Fatimah, Hasan, Husain,
‘Ali bin Husain, Muhammad bin ‘Ali, Ja’far bin Muhammad, Musa bin
Ja’far, ‘Ali bin Musa, Muhammad bin ‘Ali, ‘Ali bin Muhammad, Hasan bin
‘Ali dan Muhammad al-Mahdi bin Hasan. Mereka diibaratkan bintang-bintang
yang bersinar di kalangan mereka. Kemudian Dia berfirman lagi: Mereka
itulah hujjah-hujjah ke atas hamba-hambaKu, mereka itulah wasi-wasi
anda. Dan al-Mahdi adalah daripada ‘itrah anda. Demi kemuliaanKu dan
kebesaranKu, dia akan membalas dendam terhadap musuh-musuhKu.”
Muwaffaq bin Ahmad al-Hanafi di dalam Manaqibnya meriwayatkan
daripada Salman daripada Nabi SAWAW, sesungguhnya beliau bersabda kepada
Husain:”Andalah imam anak lelaki seorang imam, saudara kepada imam,
bapa kepada sembilan imam. Dan yang kesembilan daripada mereka ialah
Qaim mereka (al-Mahdi AS).
Begitulah juga Syahabuddin al-Hindi di dalam Manaqibnya telah menerangkan sanadnya daripada Nabi SAWAW bahawa beliau bersabda:”Sembilan imam adalah daripada anak cucu (keturunan) Husain bin ‘Ali dan yang kesembilan mereka adalah Qaim mereka (imam al-Mahdi al-Muntazar AS).
Begitulah juga Syahabuddin al-Hindi di dalam Manaqibnya telah menerangkan sanadnya daripada Nabi SAWAW bahawa beliau bersabda:”Sembilan imam adalah daripada anak cucu (keturunan) Husain bin ‘Ali dan yang kesembilan mereka adalah Qaim mereka (imam al-Mahdi al-Muntazar AS).
Al-Hamawaini al-Syafi’e meriwayatkan di dalam Fara’id al-Simtin
bahawa Nabi SAWAW bersabda:” Siapa yang suka berpegang kepada ugamaku
dan menaiki bahtera kejayaan selepasku, maka hendaklah dia mengikuti
‘Ali bin Abi Talib, memusuhi seterunya dan mewalikan walinya kerana
beliau adalah wasiku, dan khalifahku ke atas ummatku semasa hidupku dan
selepas kewafatanku. Beliau adalah imam setiap muslim dan amir setiap
mukmin, perkataannya adalah perkataanku, perintahnya adalah perintahku.
Larangannya adalah laranganku. Pengikutnya adalah pengikutku.
Penolongnya adalah penolongku. Orang yang menjauhinya adalah
menjauhiku.”
Kemudian Nabi SAWAW bersabda lagi: Sesiapa yang menjauhi ‘Ali selepasku, dia tidak akan ‘melihatku.’ Dan aku tidak melihatnya di hari kiamat. Dan siapa yang menentang ‘Ali, Allah haramkan ke atasnya syurga dan menjadikan tempat tinggalnya di neraka. Siapa yang menjauhi ‘Ali, Allah akan menjauhinya di hari kiamat. Di hari itu akan didedahkan segala-galanya dan sesiapa yang menolong ‘Ali, nescaya Allah akan menolongnya.
Kemudian beliau bersabda lagi: Hasan dan Husain kedua-duanya adalah imam ummatku selepas bapa mereka berdua adalah penghulu-penghulu pemuda syurga. Ibu kedua-duanya adalah penghulu para wasi. Dan sembilan imam adalah daripada anak cucu Husain. Dan yang kesembilan mereka adalah Qaim mereka (imam al-Mahdi). Mentaati mereka adalah ketaatan kepadaku. Mendurhakakan mereka adalah mendurhakaiku. Kepada Allah aku mengadu bagi orang yang menentang kelebihan mereka, dan menghilangkan kehormatan mereka selepasku. Cukuplah bagi Allah sebagai wali dan penghulu kepada ‘itrahku, para imam ummatku. Pasti Allah akan menyiksa orang yang menentang hak mereka.”Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.”(Al-Syuara’(26): 227)
Kemudian Nabi SAWAW bersabda lagi: Sesiapa yang menjauhi ‘Ali selepasku, dia tidak akan ‘melihatku.’ Dan aku tidak melihatnya di hari kiamat. Dan siapa yang menentang ‘Ali, Allah haramkan ke atasnya syurga dan menjadikan tempat tinggalnya di neraka. Siapa yang menjauhi ‘Ali, Allah akan menjauhinya di hari kiamat. Di hari itu akan didedahkan segala-galanya dan sesiapa yang menolong ‘Ali, nescaya Allah akan menolongnya.
Kemudian beliau bersabda lagi: Hasan dan Husain kedua-duanya adalah imam ummatku selepas bapa mereka berdua adalah penghulu-penghulu pemuda syurga. Ibu kedua-duanya adalah penghulu para wasi. Dan sembilan imam adalah daripada anak cucu Husain. Dan yang kesembilan mereka adalah Qaim mereka (imam al-Mahdi). Mentaati mereka adalah ketaatan kepadaku. Mendurhakakan mereka adalah mendurhakaiku. Kepada Allah aku mengadu bagi orang yang menentang kelebihan mereka, dan menghilangkan kehormatan mereka selepasku. Cukuplah bagi Allah sebagai wali dan penghulu kepada ‘itrahku, para imam ummatku. Pasti Allah akan menyiksa orang yang menentang hak mereka.”Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.”(Al-Syuara’(26): 227)
Ayatullah al-’Uzma al-Hulli di dalam bukunya Kasyf al-Haq (Kasyf
al-Haq, I, hlm 108) telah menerangkan sebahagian daripada hadith dua
belas khalifah dengan riwayat yang bermacam-macam. Seorang musuh
ketatnya bernama Fadhl bin Ruzbahan al-Nasibi adalah orang yang paling
kuat menentang Ahlu l-Bait AS, di dalam jawapan kepadanya mengakui
bahawa apa yang disebutkan oleh Allamah al-Hulli mengenai dua belas
khalifah adalah Sahih dan telah dicatat di dalam buku-buku Sahih Ahlu
s-Sunnah.
Aku berkata: Riwayat hadith dua belas imam daripada Nabi SAWAW adalah
terlalu banyak. Kami hanya menyebutkan sebahagian kecil daripada
buku-buku Ahlu s-Sunnah wa l-Jama’ah yang mencatatkan hadith tersebut.
Seperti al-Bayan karangan al-Hafiz al-Khanji, Fasl al-Khittab karangan
Khawajah Faris al-Hanafi, Arba’in karangan Syeikh As’ad bin Ibrahim
al-Hanbali, Arba’in karangan Ibn Abi l-Fawarith dan lain-lain buku Ahlu
s-Sunnah. Adapun riwayat Syi’ah mengenainya adalah tidak terhitung
banyaknya.
Sayyid Hasyim al-Bahrani di dalam bukunya Ghayah al-Maram (Ghayah
al-Maram, I, hlm 309) telah menjelaskan hadith dua belas imam sebanyak
enam puluh riwayat dengan sanad-sanadnya menurut metod Ahlu s-Sunnah wa
l-Jama’ah. Tujuh riwayat daripada buku Manaqib Amiru l-Mukminin AS
karangan Maghazali al-Syafi’i, dua puluh tiga riwayat daripada Fara’id
al-Simtin karangan al-Hamawaini, satu riwayat daripada Fusul al-Muhimmah
karangan Ibn al-Sibagh al-Maliki dan satu riwayat daripada Syarh Nahj
al-Balaghah karangan Ibn Abi l-Hadid.
Aku berkata: Sesungguhnya aku telah mengkaji risalah karangan Syaikh
Kazim ‘Ali Nuh RH berjudul Turuq Hadith al-A’immah min Quraisy, hlm. 14.
Dia berkata bahawa ‘Allamah Sayyid Hasan Sadr al-Din di dalam bukunya
al-Durar al-Musawiyyah Fi Syarh al-’Aqa’id al-Ja’fariyyah telah
mengeluarkan hadith dua belas khalifah daripada Ahmad bin Hanbal
sebanyak tiga puluh empat riwayat. Hadith ini telah dikeluarkan juga
oleh al-Bukhari, Muslim, al-Humaidi, beberapa riwayat Razin di dalam
Sahih Sittah, riwayat al-Tha’labi, Abu Sa’id al-Khudri, Abu Bardah, Ibn
Umar, Abdu r-Rahman Ibn Samurah, Jabir, Anas, Abu Hurairah, Ibn ‘Abbas,
‘Umar bin al-Khattab, ‘Aisyah, Wa’ilah dan Abi Salma al-Ra’i.
Adapun riwayat Umar bin al-Khattab yang telah dikaitkan kepadanya
oleh ‘Ali bin al-Musayyab mengenai sabda Nabi SAWAW ialah: Para imam
selepasku di antaranya Mahdi ummat ini. Siapa yang berpegang kepada
mereka selepasku, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali
Allah. Hadith ini juga telah dikaitkan dengan al-Durasti dengan Ibn
al-Muthanna yang bertanya kepada ‘Aisyah:”Berapakah khalifah Rasulullah
SAWAW. ‘Aisyah menjawab:’Beliau (Rasulullah SAW) memberitahuku bahawa
selepasnya dua belas khalifah.’ Aku bertanya: Siapakah mereka? Maka
‘Aisyah menjawab:’Nama-nama mereka tertulis di sisiku dengan imla
Rasulullah SAWAW.’ Maka aku bertanya kepadanya: Apakah nama-nama mereka?
Maka dia enggan memperkenalkannya kepadaku.’
Sayyid al-Bahrani juga mencatat sebahagian daripada buku-buku Ahlu
s-Sunnah yang menyebutkan dua belas khalifah. Di antaranya Manaqib Ahmad
bin Hanbal, Tanzil al-Qur’an fi Manaqib Ahlu l-Bait karangan Ibn Nu’aim
al-Isfahani, Faraid al-Simtin karangan al-Hamawaini, Matalib al-Su’ul
karangan Muhammad bin Talhah al-Syafi’i, Kitab al-Bayan karangan
al-Kanji al-Syafi’i, Musnad al-Fatimah karangan al-Dar al-Qutni, Fadhail
Ahlu l-Bait karangan al-Khawarizmi al-Hanafi, al-Manaqib karangan Ibn
al-Maghazali al-Syafi’i, al-Fusul al-Muhimmah karangan Ibn al-Sibagh
al-Maliki, Jawahir al-’Aqdain karangan al-Samhudi, Dhakha’ir al-’Uqba
karangan Muhibbuddin al-Tabari, Mawaddah al-Qurba karangan Syihab
al-Hamdani al-Syafi’i, al-Sawa’iq al-Muhriqah karangan Ibn Hajr
al-Haithami, al-Isabah karangan Ibn Hajr al-’Asqalani, Musnad Ahmad bin
Hanbal, Musnad Abi Ya’la al-Mausuli, Musnad Abi Bakr al-Bazzar, Mu’jam
al-Tabrani, Jam’ al-Saghir karangan al-Suyuti, Kunuz al-Daqa’iq karangan
al-Munawi dan lain-lain.
Aku berkata: Sesungguhnya riwayat-riwayat yang berbilang-bilang yang
datang kepada kita menurut metod Ahlu s-Sunnah adalah sekuat dalil, dan
hujjah yang paling terang bahawa sesungguhnya khalifah selepas
Rasulullah SAWAW secara langsung ialah Imam Amiru l-Mukminin ‘Ali bin
Abi Talib AS. Dan selepasnya ialah anak-anaknya sebelas imam yang
maksum, pengganti Rasul dan para imam Muslimin satu selepas satu
sehingga manusia ‘berhadapan’ dengan Tuhan mereka. Tiada seorangpun yang
dapat mengingkari hadith-hadith yang sabit yang diriwayatkan menurut
riwayat para ulama besar Ahlu s-Sunnah dan pakar-pakar hadith mereka,
lebih-lebih lagi menurut riwayat Syi’ah. Kecuali cahaya pemikirannya
telah dipadamkan dan dijadikan di hatinya penutup. Justeru itu ia adalah
termasuk di dalam firmanNya di dalam (Surah al-Baqarah (2): 171)”Mereka
itu bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti.”Dan
firmanNya (Surah al-Zukhruf(43): 36) “Barangsiapa yang berpaling dari
pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan
(yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu
menyertainya.”Dan firmanNya (Surah al-Kahf(18):57)”Kami jadikan di hati
mereka tutupan (sehingga mereka tidak) memahaminya dan (Kami letakkan)
sumbatan di telinga mereka, sekalipun kamu menyeru mereka kepada
petunjuk, nescaya tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.”
Ini adalah disebabkan penentangan mereka kepada dalil yang terang dan
nas yang zahir kerana fanatik, kufur, dan kedegilan mereka.
Muhammad bin Idris al-Syafi’i memperakui kesahihan apa yang kami telah menyebutkannya dengan syairnya yang masyhur:
Manakala aku melihat manusia telah berpegang
kepada mazhab yang bermacam-macam
di lautan kebodohan dan kejahilan
Aku menaiki dengan nama Allah bahtera kejayaan
mereka itulah Ahlu l-Bait al-Mustaffa
penamat segala Rasul.
kepada mazhab yang bermacam-macam
di lautan kebodohan dan kejahilan
Aku menaiki dengan nama Allah bahtera kejayaan
mereka itulah Ahlu l-Bait al-Mustaffa
penamat segala Rasul.
Pengiktirafan Syafi’i bahawa ‘Ali adalah imam dan selepasnya sebelas
imam merupakan pengiktirafan yang besar daripada seorang imam mazhab
empat. Dan ianya menjadi hujjah keimamahan dua belas imam maksum dari
keluarga Rasulullah SAWW.
Syaikh Muhammad Mar’i al-Amin al-Antaki
Bekas Qadhi Besar Mazhab Sayfi’i
Halab, Syria.
Bekas Qadhi Besar Mazhab Sayfi’i
Halab, Syria.
0 komentar:
Posting Komentar